OSH Software

August 19, 2009
Teknologi IT dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada zaman ini semakin berkembang maju di kebanyakkan negara-negara maju dengan penghasilan pelbagai perisian (software) yang berasaskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Saya ingin mengambil beberapa contoh syarikat yang telah berjaya menghasilkan perisian komputer yang berasaskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti DAKOTA SOFTWARE yang bertapak di New York, Knorr Associates Inc. yang telah menghasilkan DataPipe, Mipsis OSHA Software, Medgate Inc. dan banyak lagi.

Perisian komputer seperti ini direka bertujuan untuk sesebuah organisasi menguruskan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan juga alam sekitar dengan cepat, mudah dan efektif. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti dan kualiti.

Apa yang ingin saya katakan ini produk perisian komputer yang menggunakan sistem 'database' dan 'web-base' banyak membantu sesebuah organisasi menguruskan dan menyimpan sistem rekod yang baru dan lama dengan baik dan sempurna tanpa memikirkan kos untuk menyimpan rekod-rekod lama. Di samping itu juga, sesuatu laporan dapat dicatatkan dan dihantar secara 'online'. Maka ini dapat menjimatkan masa untuk membuat dan menghantar sesuatu laporan. Banyak rekod dokumen yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara kita memerlukan tempoh penyimpanan yang lama. Sebagai contohnya rekod NADOOPOD yang perlu disimpan sehingga 5 tahun, minit mesyuarat keselamatan pula perlu disimpan sehingga 7 tahun, laporan bulanan SHO pula perlu disimpan sehingga 10 tahun dan laporan penaksiran di bawah peraturan USECHH pula perlu disimpan sehingga 30 tahun. Sekiranya sistem penyimpanan rekod diaplikasikan secara manual maka ruang stor yang besar untuk rekod-rekod lama perlu disediakan. Ini bermakna kos untuk menyediakan ruang stor tersebut adalah tinggi.

Mungkin anda semua tertanya-tanya berapakah kos untuk membiayai produk perisian tersebut? Sememangnya kosnya adalah tinggi yang dianggarkan lebih dari RM5,000. Akan tetapi, kelebihan menggunakan produk perisian seperti ini dapat menjimatkan kos dalam masa yang panjang. Sehingga kini tiada lagi produk perisian yang menggunakan sistem 'database' dan 'web-base' dihasilkan di dalam negara kita yang sedang menuju WAWASAN 2020. Adakah kita sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu mengabaikan teknologi seperti ini? Adakah anda merasakan produk perisian seperti ini satu keperluan? Memang saya akui buat masa ini kita tidak memerlukan sistem perisian seperti ini. Tetapi apabila difikirkan tentang kos yang perlu kita hadapi untuk jangka masa yang panjang, saya merasakan sistem perisian 'database' dan 'web-base' ini perlu dibangunkan dan diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi. Setakat ini, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah membangunkan sistem ini berperingkat. Salah satunya adalah laporan NADOOPOD boleh dilakukan dan dihantar secara online (web-base) mulai tahun 2010.

Saya berpendapat supaya produk perisian keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH Software) yang berasaskan 'database' dan 'web-base' dapat dihasilkan suatu hari nanti. Produk perisian ini bukan sahaja dapat menguruskan sistem penyimpanan rekod dan dokumen malah setiap laporan, sistem HIRADC / JSA, 'Checklist' dan 'Inspection Form' dapat dilakukan melalui perisian ini dengan bertujuan dapat mengurangkan 'hardcopy' (paperless). Sistem ini juga hendaklah dapat berhubung terus dengan mana-mana pihak berkuasa seperti JKKP, CIDB, SOCSO, DOE dan lain-lain lagi supaya setiap urusan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. Sebagai contohnya apabila berlaku sesuatu kemalangan maut di dalam tapak bina, laporan lengkap tentang kes kemalangan ini boleh dihantar terus kepada JKKP dan juga SOCSO. Kebiasaannya, kita perlu membuat dan menghantar laporan kemalangan secara berasingan kepada JKKP, CIDB dan SOCSO. Ternyata sistem ini tidak dapat membantu urusan ini dilakukan dengan lancar. Di samping itu juga, iannya tidak selaras dengan kemajuan teknologi IT yang semakin berkembang maju.

Untuk itu, saya sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan menyeru agar mana-mana pakar IT dapat membangunkan dan menghasilkan sistem perisian keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk kemudahan semua pihak dan dapat seiring dengan negara-negara maju dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam kata lain demi mencapai WAWASAN 2020 yang bakal menjelma.

Reference Link:
a) www.osha.gov/dep/etools/ehasp/index.html
b)
www.mipsis.com/OSHA
c)
www.knorrassociates.com/environment-safety-health-software.asp
d)
www.eoa.co.uk
 
Confined Space

April 22, 2009
 
My Profile

Mohammad Zainal If Safety is Expensive, Try Accident.....

Blog Archive